Mudah kerja bila bergabung

Hye hye. Apa khabar anda yg tengah dok menelek blog kakteh ni? Sihat tak? Kalau tak sihat, moga cepat sembuh okies. Allah uji sakit sebab die syg kite. Nak biar kite sentiasa bersyukur sebab hidup sihat sebelum ni.

Assalamualaikum wbt, saja nak share sikit.

Konsep sistem ejen/agen. Mana 1 yang betul agaknya ejaan tu? Hehe. Asalkan maksudnya sama & u olls faham kan.

Mudah bila kite guna sistem agen ni, sebabnya(mengikut apa yg kakteh nampak):-

1. Kite tak perlu jajah SELURUH kawasan sorang sorang.
Agak penat bila satu kawasan tu kite yg kena buat semua. Faham kan kat sini.

2. Tak perlu keluarkan KOS MARKETING yang tinggi.
Boleh dibahagikan kos marketing, atau pun menjimatkan sebab kite konker kawasan kite & beri peluang agen konker kawasan masing masing.

3. JIMATKAN MASA & WANG pelanggan bila ada agen berdekatan boleh buat penghantaran.
Pelanggan die suka bila urusan jual beli nya dipermudahkan & die nak cepat dapat barang & cas penghantaran lebih murah berbanding pos. Selalunya kalau dekat FREE atau cas RM2-RM5(tgk pada penjual).

4. KONGSI REZEKI sesama agen.
Seronok bila ada agen, kite kongsi rezeki dgn agen tanpa disedari kadang kadang. Kalau kata kite bz, pass je pada agen & agen uruskan. Ataupun stock jualan habis & taknak customer tertunggu tunggu. Pass aje. Insha allah what u give u get back more!

5. SILATURAHIM bersama team.
Dalam tak sedar juga kite bertambah rakan,macam kakteh sendiri. Mungkin kalau tanpa bisnes, kawan tu tetap ada..tp kurang keep in touch. Dalam bisnes, hari hari kami keep in touch. Pelikkan? Tapi percaya lah, bukan sembang kosong. Bahaha, sentiasa ada ilmu & kata kata semangat serta motivasi. SERIUS SANGAT BEST !!

6. Boleh buat OFFLINE sama sama.
Okay, yang ni paling best. Selalu kalau kite buka booth, mesti kite sendiri atau dgn family kan. If takde cust, mulalah krik krik.  Tp bila ada team(agen sendiri/agen org lain). Kite bergabung & memeriahkan lagi booth tu. Seronok kan? Rindu nak offline lagi. Jumpa customer face to face. Ber'huhuhaha.

Kalau ada tambahan, meh la komen sini. Hehe. Apa apa pun, best giler SISTEM AGEN ni.

kalau 100% boleh beri connection,transfer energy walaupun HANYA melalui whats app, sharing ilmu dgn kawan kawan bisnes. Surirumah biasa biasa boleh jadi LUAR BIASA tau(macam kakteh ni).

Terima kasih semua mentor, kawan kawan bisnes(sebelum ni punya pun). Kakteh rindu korang semua. Moga ukhuwah kite terus berkekalan smp bebila walau hanya keep in touch dalam FB/whats app. Doakan semoga kalian terus sukses dalam mengejar impian. Insha allah.

Comments

Popular posts from this blog

Pemenang Kereta Axia LE SANDA

TAHNIAH !!

RAHSIA KAKTEH